catatan perjalananku ke beberapa negara dan tempat untuk dikongsi bersama..pelbagai cerita menarik dan lucu untuk tatapan semua..mungkin boleh membantu dalam percutian akan datang anda..selamat membaca!
Wednesday, November 16, 2011
BUCHEON KOREA
30 OKT 2011,kesibukan menjadi juri bagi Sabah Hospitality Fiesta pada pagi hari menjadikan saya sedikit gelisah dengan persediaan perjalanan saya ke Korea. Pakaian dan bekalan makanan menjadi perkara yang perlu diutamakan. Cuaca di korea mungkin memerlukan saya untuk membawa baju tebal yang bersesuaian.Makanan di Korea pula agak mahal dan kesukaran mendapatkan makanan halal akan menjadi masalah.Jadi untuk keperluan beberapa hari, saya membawa sedikit bekalan makanan seperti nasi himpit, daging masak kicap dan rendang kacang panjang yang sedikit pedas untuk memanaskan badan di Korea nanti. Tidak dilupakan periuk nasi elektrik yang terpaksa saya bawa di dalam handbeg! ini merupakan kunjungan pertama saya ke Korea. Kunjungan ini sedikit istimewa kerana ia adalah kunjungan penglibatan saya sebagai laison officer bagi pasukan malaysia ke "THE 3RD WORLD DEAF BADMINTON CHAMPIONSHIP" Terdapat banyak perkara bermain di fikiran saya, sebelum saya berlepas dari Malaysia. Bagaimana agaknya acara sukan ini, kerana ianya akan disertai oleh golongan kelainan upaya yang tidak boleh mendengar (Pekak).Dengan berbekalkan sedikit bahasa isyarat yang saya pelajari saya berharap pemergian saya akan mendapat banyak ilmu dan pengalaman yang dapat di kongsi dengan pelajar saya mahupun rakan taulan. Untuk lebih tepat lagi, saya akan berada di Bucheon Korea bermula 31 oktober sehingga 7 Nov 2011. 6 November adalah perjalanan balik saya ke Malaysia, ini bermakna, saya akan menyambut hari raya korban dilapangan terbang korea. Merasa juga beraya di perantauan. Sedikit maklumt berkenaan Bucheon. Ia adalah bandar yang terletak di selatan korea. bandar yang diberi nama bucheon ini telah lapan kali menukar namanya. sebelum ini ia dikenali sebagai zubuto, zangjae, soozoo, gaeyang, anna, gilzu dan bupeong. Dahulu terdapat sedikit konflik pemilikan wilayah antara korea dan jepun. untuk mempertahankan wilayah mereka korea telah membahagikan tanah mereka kepada beberapa kampung kecil agar mudah ditadbir. inilah yang telah menghasilkan beberapa bahagian di korea contohnya incheon, bucheon, inchen dan jaemoolpo. "Bu" berasal dari keseluruhan wilayah dan "cheon" berasal dari incheon.Berbalik kepada aktiviti saya selama 7 hari di incheon korea.
Subscribe to:
Posts (Atom)