LOG PERJALANAN SAYA...
catatan perjalananku ke beberapa negara dan tempat untuk dikongsi bersama..pelbagai cerita menarik dan lucu untuk tatapan semua..mungkin boleh membantu dalam percutian akan datang anda..selamat membaca!
Sunday, October 28, 2012
TAMBUN THE LOST WORLD!
Selamat hari raya Aidiladha...opsss..jangan konfius ye..memang benar hari raya aidiladha 2012 telah kami sekeluarga sambut di Tambun..The lost world!
Friday, October 12, 2012
MANTANANI ISLAND
14-16 April 2012. Pulau Mantanani terletak sejauh lebih kurang 100 kilometer dari pusat bandar kota kinabalu. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk menjejakkan kaki ke pulau ini.
Wednesday, November 16, 2011
BUCHEON KOREA
30 OKT 2011,kesibukan menjadi juri bagi Sabah Hospitality Fiesta pada pagi hari menjadikan saya sedikit gelisah dengan persediaan perjalanan saya ke Korea. Pakaian dan bekalan makanan menjadi perkara yang perlu diutamakan. Cuaca di korea mungkin memerlukan saya untuk membawa baju tebal yang bersesuaian.Makanan di Korea pula agak mahal dan kesukaran mendapatkan makanan halal akan menjadi masalah.Jadi untuk keperluan beberapa hari, saya membawa sedikit bekalan makanan seperti nasi himpit, daging masak kicap dan rendang kacang panjang yang sedikit pedas untuk memanaskan badan di Korea nanti. Tidak dilupakan periuk nasi elektrik yang terpaksa saya bawa di dalam handbeg! ini merupakan kunjungan pertama saya ke Korea. Kunjungan ini sedikit istimewa kerana ia adalah kunjungan penglibatan saya sebagai laison officer bagi pasukan malaysia ke "THE 3RD WORLD DEAF BADMINTON CHAMPIONSHIP" Terdapat banyak perkara bermain di fikiran saya, sebelum saya berlepas dari Malaysia. Bagaimana agaknya acara sukan ini, kerana ianya akan disertai oleh golongan kelainan upaya yang tidak boleh mendengar (Pekak).Dengan berbekalkan sedikit bahasa isyarat yang saya pelajari saya berharap pemergian saya akan mendapat banyak ilmu dan pengalaman yang dapat di kongsi dengan pelajar saya mahupun rakan taulan. Untuk lebih tepat lagi, saya akan berada di Bucheon Korea bermula 31 oktober sehingga 7 Nov 2011. 6 November adalah perjalanan balik saya ke Malaysia, ini bermakna, saya akan menyambut hari raya korban dilapangan terbang korea. Merasa juga beraya di perantauan. Sedikit maklumt berkenaan Bucheon. Ia adalah bandar yang terletak di selatan korea. bandar yang diberi nama bucheon ini telah lapan kali menukar namanya. sebelum ini ia dikenali sebagai zubuto, zangjae, soozoo, gaeyang, anna, gilzu dan bupeong. Dahulu terdapat sedikit konflik pemilikan wilayah antara korea dan jepun. untuk mempertahankan wilayah mereka korea telah membahagikan tanah mereka kepada beberapa kampung kecil agar mudah ditadbir. inilah yang telah menghasilkan beberapa bahagian di korea contohnya incheon, bucheon, inchen dan jaemoolpo. "Bu" berasal dari keseluruhan wilayah dan "cheon" berasal dari incheon.Berbalik kepada aktiviti saya selama 7 hari di incheon korea.
Friday, July 1, 2011
BALIK BANDUNG BERBONDONG-BONDONG!
Percutian ke Bandung adalah bagi memenuhi kehendak ibu saya yang kononnya ingin di'manja'. Haha..emak saya selalu demand nak pegi holiday puas-puas bersama dengan saya sementara saya masih bujang..katanya kalo sudah kahwin teda chance suda mo berjalan dengan saya. Nanti kacau daun pula..itu kata dia.. haha..apa-apa pun saya memang enjoy untuk percutian kami di Bandung..Berdua! ya hanya kami berdua!...sekali lagi tiada tempahan agent ya..semua saya buat sendiri..ground visit pun saya rancang sendiri..semuanya sebab nak jimat..haha..
Monday, June 20, 2011
LEGEND INTERNATIONAL WATERHOMES PORT DICKSON
Port Dickson! tempat yang terkenal untuk aktiviti perkelahan..selalunya kami pergi ke blue lagoon untuk mandi-manda..namun perkelahan kali ini berlainan sedikit.The Legend International waterhomes menjadi pilihan kami sekeluarga menginap. Perjalanan memakan masa selama sejam setengah daripada rumah, sengaja saya pilih untuk lari dari kesibukan kota.. boleh dikira family gathering la..Paling best hotel ini dilengkapi swimming pool didalam bilik..kerana bilangan ahli keluarga yang ramai, kami terpaksa menempah 2 buah executive suite rooms..memang berbaloi bila semua orang dapat berkumpul dan menikmati penginapan diatas air. Harga bilik semalam adalah RM900++.
Saturday, June 18, 2011
COLMA BUKIT TINGGI
Inginkan percutian ala-ala perancis..jom! tempat ini terletak lebih kurang 60 kilometer daripada kuala lumpur. memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan.Lokasinya terletak di Bukit tinggi...Oppsss....jangan salah sangka..bukan bukit tinggi di Johor tau..tapi ia terletak di Pahang..berhampiran Genting..cuaca memang sejuk..seronok! seronok tidak terkata!=)
Percutian kali ini, ibarat percutian marathon saya..selepas menghabiskan percutian di Port Dickson The legend Waterhomes, saya terus ke colmar tropical resort.
Saturday, May 28, 2011
GAYANG SEAFOOD RESTAURANT
Sabah memang terkenal dengan hasil tangkapan lautnya. Kekayaan hidupan laut yang dimiliki oleh negeri ini membolehkan pelancong menikmati hasil tangkapan laut yang segar dan murah dimerata restoran. Sememangnya Laut China Selatan iaitu laut yang dalam menyumbang pada faktor ini. Kedudukan negeri Sabah yang strategik dalam peta geografinya membuatkan penduduk Sabah beruntung untuk menikmati hasil tangkapan yang segar, besar dan unik pada kadar yang murah. Restoran yang ingin saya kongsikan adalah sebuah restaurant seafood yang terletak agak jauh dari bandar Kota Kinabalu iaitu Sekitar 25 kilometer. Walaupun lokasinya agak tersorok namun, ia tetap menjadi tumpuan penggemar seafood. Secara peribadi, saya sukakan senibina restaurant ini. Ia adalah restaurant terapung diatas paya bakau. Pemandangan sunset yang mengagumkan menyambut kedatangan kami. Tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan saat-saat tersebut, nyata kamera sony NEX-5 tidak menghampakan. Lihat saja hasilnya. Pemandangan yang menakjubkan bukan?.
Subscribe to:
Posts (Atom)