Sabah memang terkenal dengan hasil tangkapan lautnya. Kekayaan hidupan laut yang dimiliki oleh negeri ini membolehkan pelancong menikmati hasil tangkapan laut yang segar dan murah dimerata restoran. Sememangnya Laut China Selatan iaitu laut yang dalam menyumbang pada faktor ini. Kedudukan negeri Sabah yang strategik dalam peta geografinya membuatkan penduduk Sabah beruntung untuk menikmati hasil tangkapan yang segar, besar dan unik pada kadar yang murah. Restoran yang ingin saya kongsikan adalah sebuah restaurant seafood yang terletak agak jauh dari bandar Kota Kinabalu iaitu Sekitar 25 kilometer. Walaupun lokasinya agak tersorok namun, ia tetap menjadi tumpuan penggemar seafood. Secara peribadi, saya sukakan senibina restaurant ini. Ia adalah restaurant terapung diatas paya bakau. Pemandangan sunset yang mengagumkan menyambut kedatangan kami. Tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan saat-saat tersebut, nyata kamera sony NEX-5 tidak menghampakan. Lihat saja hasilnya. Pemandangan yang menakjubkan bukan?.
No comments:
Post a Comment