catatan perjalananku ke beberapa negara dan tempat untuk dikongsi bersama..pelbagai cerita menarik dan lucu untuk tatapan semua..mungkin boleh membantu dalam percutian akan datang anda..selamat membaca!
Friday, January 28, 2011
Monday, January 24, 2011
Sunday, January 23, 2011
Ri-Yaz HeriTaGe & Taman Tamadun Islam
21 Jan 2011 (jumaat) Bertolak pukul 11.30 pagi dari dungun terengganu. sempat bersarapan pagi roti canai 2 biji di ERA CAFE bersama kayda dan keluarga..tiba di taman tamadun islam pada pukul 1.00 ptg, malangnya taman ditutup sementara untuk memberi laluan pada sesi sembahyang jumaat..percutian hujung minggu ini adalah percutian pertama bersama teman baik Elly..harapnya bukanlah percutian terakhir kami..sebelum berpindah ke sabah buat selamanya meninggalkan bumi semenanjung setelah sekian lama merantau, banyak aktiviti makan angin yang telah kami rancang..harap2 semuanya menjadi kenyataan..dan sebagai permulaan percutian ini adalah selama 2hari 1malam..dengan Ri-yaz menjadi resort pilihan kami..pengisian percutian adalah melawat taman tamadun islam disamping merehatkan badan di resort ternama ini..Resort ini amat terkenal ketika event Monsoon Cup, ini kerana kedudukannya yang strategik di laluan angin monsoon yang berhadapan dengan lobbynya...Menginap selama semalam di sini memberi kenanagan buat kami. Pengisian aktiviti sudah tentu mandi di kolam renang, jakuzi, sauna dan berlatih di Gym..Memang seronok..pada malamnya kami
BELGIUM
Coklat memang sinonim dengan negara ini.. kononnya coklat belgium merupakan colkat paling sedap di dunia..tidak melepaskan peluang merasa coklat di belgium,ternyata ianya benar belaka. Di belgium, kami hanya singgah sebentar..sempat membeli belah di bruges market..terdapat pelbagai barangan yang dijual..
AMSTERDAM
Wooden Clogs dan windmill berasal dari sini..bunga tulip pula penyeri negara ini..Satu-satunya negara yang mengizinkan perniagaan dadah dalam negaranya juga merupakan keunikan negara ini..pelbagai jenis dadah senang didapati disini.. hati-hati dengan kopi yang anda minum, kadang-kadang ia dicampur dengan dadah..sekiranya anda berjalan-jalan dikaki lima kedai kopi, aroma coffeenya memang berlainan..biskut dadah juga dijual secara terang-terangan.. bandar ini juga dikenali sebagai sex city.. satu-satunya negara yang mengiktiraf profession pelacuran sebagai sah disisi undang-undang negaranya.. Prostitute bukanlah gelaran yang digemari disana, ia dipanggil sebagai 'sex workers' dimana mereka yang bekerja di bidang ini akan membayar cukai kepada kerajaan..they are tax payer, jadi mereka tidak patut dipandang rendah disana, kerana mereka sama-sama menyumbang pada pembangunan negara mereka.. Memang mengejutkan bila anda berjalan di sekitar red light district...pelbagai
GERMANY
Munich, Boppard, Rhine valley cruise..sampai di Jerman agak lewat, sekitar pukul 6 tetapi keadaan dah gelap..sebenarnya sepanjang petang kami menghabiskan masa menikmati perlayaran diatas cruise...seronok sukar digambarkan..menyelusuri sungai rhine, sungai yang terpanjang di jerman. Paling menarik sepanjang sungai ini ada banyak istana lama dan kubu2 pertahanan..memang cantik pemandangan..macam cerita dalam tv pula..
SWITZERLAND
Negatif 15 degree celsius adalah suhu di switzerland. Suhu yang melampau sejuk. Hidung jadi berair, pipi kemerah-merahan.. Namun itu membuat saya teruja.. Tidak sah sekiranya di Switzerland tidak menjejak kali ke
FRANCE
Daripada London, kami ke Dover menaiki cruise menyeberangi lautan Inggeris untuk sampai ke Kota Cinta Perancis. 27Nov2010 France! Eiffle Tower..itu memang ikon kota perancis..tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki ke kota itu. Paris merupakan destinasi atau negara yang menakjubkan. Kaya dengan cerita sejarah, menyimpan segala macam 'harta berharga', daripada keunikan bangunan, kegagahan perwiranya sehinggalah kesayuan kisah cinta yang terabadi di setiap penjuru tempat yang dilawati. Antara tempat yang dilawati adalah ARC DE TRIOMPHE merupakan gerbang yang dibina bagi menghargai pejuang-pejuang yang berjuang semasa perang Napoleon.Napoleon telah berjanji pada tenternya suatu hari nanti mereka akan dengan bangganya berjalan melalui pintu gerbang tersebut. Maka, pembinaan gerbang tersebut dimulakan pada pada tahun 1806. Malangnya, janji Napoleon tidak tertunai, beliau terkorban pada 1921, dan Arc de Triomphe hanya lengkap dibina sepenuhnya pada 1836. Namun demikian mayat beliau diusung juga dibawah gerbang tersebut. Nama semua jeneral perancis yang terbunuh ada di abadikan di dinding gerbang tersebut. Kini, saya dapat perhatikan, banyak jambangan bunga diletakkan dibawah gerbang tersebut untuk menghargai jasa pejuang yang telah pergi. CHAMPS ELYSEES juga merupakan must go road in Paris. Tempat saya 'hilang' beberapa minit pada malam tersebut. panik sekejap bila hilang. Champs Elysees adalah tempat paling terkenal di dunia disebabkan oleh restaurant and gedung fesyen terkenal dunia. Biar saya kongsikan sedikit cerita saya hilang..hehe..sedang saya leka dengan kedai2 pakaian dan handbag saya telah terpisah daripada rakan2 saya yang lain..Panik..handphone tak ada, address hotel pun tak ada..memang totally saya dependent dengan mereka. Gurauan tadi bersama sumdandak sil menjadi kenyataan. saya dengan berseloroh berkata "sil macam mana la kalo saya ilang aaa?" bila melihatkan orang yang memang sangat ramai,sampai berlaga bahu. "nanti ko cari ja saya di traffic light kalau saya hilang" maklum la saya tiada handphone. Kami bergelak ketawa..Tetiba ia menjadi kenyataan.. Memang panik dan nak menangis..Habis la tak bole balik malaysia.. kalau saya tinggi tak apa juga boleh juga jadi model dikota paris ni..haha..Sy bernasib baik ada 2 hero menyelamatkan saya..Rasa cam nak peluk je dorang..(sori ye..nasib baik laki orang) wawawawaaaaa...rasa sangat bersyukur..mmg saya panik dan seram.. lepas tu taubat dah tak nak leka2..mata oh mata jgn ko terpedaya dengan baju2 and butik LV lagi..haha...itu cerita hilang..ada cerita pasal toilet lagi..saya memang cerewet kalau bab toilet..toilet yang free kat luar (toilet pasang siap) memang tak menyelerakan..;) toilet free kat Mc'D barisan 'finalist'nya mmg tak boleh tahan..toilet paling mahal saya pernah laburkan berharga dua euro, sekitar RM9.00. Toilet dalam shopping mall..kwn2 tggu kat luar..jgn g mana2 tau..nanti saya hilang lagi..;) disebabkan RM9.00 saya maximakan masa dan fungsi toilet tersebut..Fuh! toilet ada sofa ye, sementara menunggu..siap suruh saya pilih kaler tisu apa nak pakai..hijau flouresent, pink flouresent semua kaler ada..rambang mata juga nak pilih..siap bagi satu roll..Dengan deko yang mengagumkan memang sangat melekakan! Paling best bila melihat deretan perfume jenama terkenal di atas rak...Dari jemana terkenal sampai jenama yang saya tak pernah jumpa..dah mcm kaunter perfume dah..dalam toilet ada muzik ye, bagi kita relax dan bergembira..hehe..Keluar toilet masa yang di tunggu2..saya tenyeh tangan dengan losyen yang wangi2..pastu paw sikit perfume dia..sembur beberapa jenis..sampai saya pening..haha..memaksimakan nilai RM9.00 tadi..leka lagi sampai sarung tangan hilang!. fuh! keluar dari toilet muka kawan2 dan masam..'lamanya ko kat toilet' hehe..sengih2 je la...RM9.00 tu..kalo kat malaysia bayaran untuk public toilet bole cover setahun..betul tak..hehe..EIFFLE TOWER mengambil namanya dari pembinanya (designer atau engineer) iaitu Gustave Eiffle. Dibina bagi memperingati ulangtahun keseratus revolusi perancis. Landmark atau global icon yg memang diperakui dunia kerana keunikannya. Tower ini memiliki 3 platfom bagi pengunjung melihat pemandangan daripada atas. Paling menarik, tidak seperti skyscrapers yang lain yang banyak mengorbankan pekerja akibat terjatuh semasa pembinaan, jumlah yang terkorban semasa pembinaan tower ini cuma seorang. Beliau dikatakan terjatuh disebabkan riak dengan teman wanita beliau..Ketika diatas platform beliau telah melambaikan tangan pada teman wanitanya yang berada di bawah tower dan malangnya dengan tidak sengaja beliau terjatuh.. sungguh sedih..tower ini tower cinta! menyaksikan pasangan yang berjanji cinta setinggi tower..memang syahdu..hehe..LOURVE adalah muzium! Muzium menyimpan gambar
UNITED KINGDOM-LONDON
25Nov 2010 (Khamis) bertolak dari LCCT ke Standsted Airport London menaiki penerbangan Airasia. Perjalanan memakan masa selama 12jam memang sangat meletihkan..ini merupakan percutian pertama ke negara eropah dan merupakan penerbangan yang paling lama saya naiki tanpa henti. Teruja jangan cakap la..sampai dalam flight pun tak bole tidur...excited nak tengok ground..feel the weather..meeting new friends..and seeing beautiful scenery..memang x dapat digambarkan perasaan ketika tiba di london..imigresen clearance mengambil masa selama 1jam..banyak soalan diajukan pegawai imigresen kepada kami..serupa interview rasanya..berapa lama lawatan, tujuan datang, perkerjaan kami dan sebagainya..namun keterujaan membuatkan kami melalui sesi soal jawab dengan tenang..Aroma kopi menyambut kedatangan kami..Opsss...lupa nak perkenalkan KAMI; terdiri daripada lima orang 'sumandak' dan seorang gentleman..hehe..johanna (jo)ketika tour, beliau sedang hamil 2 bulan juga merupkan penguat semangat saya, silverina (sil) sumandak yang memang ceria sepanjang tour, Dida mandak yang sempoi dan loving couple Kak Sandra dengan suaminya Yaziz semuanya pensyarah UiTM Sarawak kecuali saya dari UiTM Terengganu. Persamaan kami adalah, kami gila2 dan berada dibawah bumbung fakulti yang sama. PELANCONGAN! yang lebih mengujakan ini pengalaman pertama bagi kami semua (kecuali jo) mengunjungi negara eropah. Part yang paling ditunggu2 suda tentu menyentuh salji! Sebaik menjejak kaki di London, saya terus muntah2.. dengan cuaca yang sejuk, kalau ikutkan hati rasa macam nak patah balik malaysia je..badan saya 'deny the temperature' dengan menggalas beg pakaian yang boleh dikira sarat dengan baju sejuk memang rasa macam nak tinggal je beg tu. Nak bawa badan sendiri pun tak larat.. Namun seperti yang saya katakan tadi, jo merupakan penguat semangat saya. Ibu hamil 2 bulan pun gagah inikan pula saya..malu la sikit..Disebabkan pertukaran waktu yang sangat ketara, ditambah dengan keletihan di dalam kapal terbang. memang membuatkan saya penat dan letih.. Namun saya gagahkan juga kudrat ini, bila tengok rakan2 yang lain teruja..buat2 teruja juga la...hihi..sejuk yang mencengkam membuatkan saya malas mengeluarkan tapak tangan dari kocek baju. belum dikira menanggalkan sarung tangan. memang payah nak menekan punat camera dengan tangan yang berbalut sarung tangan..sudahnya kemalasan saya dibantu dengan khidmat jurugambar percuma sumadak Sil, dengan bantuan kamera DSLR beliau muka saya memang 'jujur' tanpa secalit makeup..cuaca sejuk membuatkan kulit muka rasa segar dengan hanya memakai moisturizer..yang paling best, pipi pinky semulajadi tanpa blusher..hihi.. oklah dipendekkan cerita london hanyalah landing point kami kerana dalam percutian 14hari ini kami akan menjelajah ke beberapa negara seperti dalam peta ini..
Di London, beberapa tempat yang sempat saya lawati adalah maddame Tussaud, London Bridge, big ben, membeli-belah di harrods dan paling best sekali bila pegi cambridge university..berpeluang melawat rakan yang melanjutkan pelajaran di peringkat Ph.D nya..tak dapat jadi student dpt menjejak kaki pun dah cukup bagus..orang kata ambil berkat..haha..
Subscribe to:
Posts (Atom)