catatan perjalananku ke beberapa negara dan tempat untuk dikongsi bersama..pelbagai cerita menarik dan lucu untuk tatapan semua..mungkin boleh membantu dalam percutian akan datang anda..selamat membaca!
Sunday, January 23, 2011
UNITED KINGDOM-LONDON
25Nov 2010 (Khamis) bertolak dari LCCT ke Standsted Airport London menaiki penerbangan Airasia. Perjalanan memakan masa selama 12jam memang sangat meletihkan..ini merupakan percutian pertama ke negara eropah dan merupakan penerbangan yang paling lama saya naiki tanpa henti. Teruja jangan cakap la..sampai dalam flight pun tak bole tidur...excited nak tengok ground..feel the weather..meeting new friends..and seeing beautiful scenery..memang x dapat digambarkan perasaan ketika tiba di london..imigresen clearance mengambil masa selama 1jam..banyak soalan diajukan pegawai imigresen kepada kami..serupa interview rasanya..berapa lama lawatan, tujuan datang, perkerjaan kami dan sebagainya..namun keterujaan membuatkan kami melalui sesi soal jawab dengan tenang..Aroma kopi menyambut kedatangan kami..Opsss...lupa nak perkenalkan KAMI; terdiri daripada lima orang 'sumandak' dan seorang gentleman..hehe..johanna (jo)ketika tour, beliau sedang hamil 2 bulan juga merupkan penguat semangat saya, silverina (sil) sumandak yang memang ceria sepanjang tour, Dida mandak yang sempoi dan loving couple Kak Sandra dengan suaminya Yaziz semuanya pensyarah UiTM Sarawak kecuali saya dari UiTM Terengganu. Persamaan kami adalah, kami gila2 dan berada dibawah bumbung fakulti yang sama. PELANCONGAN! yang lebih mengujakan ini pengalaman pertama bagi kami semua (kecuali jo) mengunjungi negara eropah. Part yang paling ditunggu2 suda tentu menyentuh salji! Sebaik menjejak kaki di London, saya terus muntah2.. dengan cuaca yang sejuk, kalau ikutkan hati rasa macam nak patah balik malaysia je..badan saya 'deny the temperature' dengan menggalas beg pakaian yang boleh dikira sarat dengan baju sejuk memang rasa macam nak tinggal je beg tu. Nak bawa badan sendiri pun tak larat.. Namun seperti yang saya katakan tadi, jo merupakan penguat semangat saya. Ibu hamil 2 bulan pun gagah inikan pula saya..malu la sikit..Disebabkan pertukaran waktu yang sangat ketara, ditambah dengan keletihan di dalam kapal terbang. memang membuatkan saya penat dan letih.. Namun saya gagahkan juga kudrat ini, bila tengok rakan2 yang lain teruja..buat2 teruja juga la...hihi..sejuk yang mencengkam membuatkan saya malas mengeluarkan tapak tangan dari kocek baju. belum dikira menanggalkan sarung tangan. memang payah nak menekan punat camera dengan tangan yang berbalut sarung tangan..sudahnya kemalasan saya dibantu dengan khidmat jurugambar percuma sumadak Sil, dengan bantuan kamera DSLR beliau muka saya memang 'jujur' tanpa secalit makeup..cuaca sejuk membuatkan kulit muka rasa segar dengan hanya memakai moisturizer..yang paling best, pipi pinky semulajadi tanpa blusher..hihi.. oklah dipendekkan cerita london hanyalah landing point kami kerana dalam percutian 14hari ini kami akan menjelajah ke beberapa negara seperti dalam peta ini..
Di London, beberapa tempat yang sempat saya lawati adalah maddame Tussaud, London Bridge, big ben, membeli-belah di harrods dan paling best sekali bila pegi cambridge university..berpeluang melawat rakan yang melanjutkan pelajaran di peringkat Ph.D nya..tak dapat jadi student dpt menjejak kaki pun dah cukup bagus..orang kata ambil berkat..haha..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment