Sabah memang terkenal dengan hasil tangkapan lautnya. Kekayaan hidupan laut yang dimiliki oleh negeri ini membolehkan pelancong menikmati hasil tangkapan laut yang segar dan murah dimerata restoran. Sememangnya Laut China Selatan iaitu laut yang dalam menyumbang pada faktor ini. Kedudukan negeri Sabah yang strategik dalam peta geografinya membuatkan penduduk Sabah beruntung untuk menikmati hasil tangkapan yang segar, besar dan unik pada kadar yang murah. Restoran yang ingin saya kongsikan adalah sebuah restaurant seafood yang terletak agak jauh dari bandar Kota Kinabalu iaitu Sekitar 25 kilometer. Walaupun lokasinya agak tersorok namun, ia tetap menjadi tumpuan penggemar seafood. Secara peribadi, saya sukakan senibina restaurant ini. Ia adalah restaurant terapung diatas paya bakau. Pemandangan sunset yang mengagumkan menyambut kedatangan kami. Tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan saat-saat tersebut, nyata kamera sony NEX-5 tidak menghampakan. Lihat saja hasilnya. Pemandangan yang menakjubkan bukan?.
catatan perjalananku ke beberapa negara dan tempat untuk dikongsi bersama..pelbagai cerita menarik dan lucu untuk tatapan semua..mungkin boleh membantu dalam percutian akan datang anda..selamat membaca!
Saturday, May 28, 2011
TIP OF BORNEO
Tip of Borneo! satu lagi spot pemandangan terbaik yang dimiliki negeri sabah. Tempat ini juga dikenali sebagai Simpang Mengayau..kami kesana ibarat merayau-rayau ditempat terindah yang memakan masa selama 2jam perjalanan dari bandar kota kinabalu. Terletak di bahagian Kudat Sabah, tempat ini sememangnya menjanjikan kedamaian hati yang tidak terhingga. Jika diperhatikan peta negeri sabah yang bebentuk kepala kuda. Tip of Borneo ini sebenarnya merujuk kepada bahagian hujung 'kepala kuda' tersebut. Pemandangan memang menakjubkan! angin yang bertiup bisa menerbangkan topi saya..fuh! nasib sempat kejar..Sebenarnya daya tarikan tempat ini hanyalah globe dan pemandangan laut lepas..tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan disini..sekiranya berani boleh mandi2 di laut..kami menghabiskan masa lebih kurang sejam sahaja disini..namun tempat ini termasuk dalam MUST GO PLACE in SABAH!..
PUDING KELAPA WORLD..
Mungkin bagi sesetengah orang, tempat ini biasa saja...tidak bagi saya yang sangat mengemari air kelapa..the one and only in the world yang bagi air kelapa sejuk penghilang dahaga yang 100% tiada tambahan gula dan ais.. Memang betul2 pure. Walaupun keadaan sekitar yang kurang 'menyenangkan' mata..namun penangan air kelapa mengatasi segala-galanya. teringat pesanan pensyarah saya the dirty the place the better the taste of the food..Fuh! sometimes undeniable..but sometimes meloyakan..selain air kelapa, puding kelapanya juga pengikat pengunjung..rata2 menggemari puding kelapa yang dimasukkan didalam kelapa muda segar..Memang meletoopp..kelapa bakar juga ada dijual..kami tidak melepaskan peluang merasai lokan bakar..ada tiga size semuanya; besar (rm12) sederhana (rm10) Kecik (rm8) kalo tak silap..dicicah dengan sambal cili..lokasi terletak di jalan salut..masih teringat pengalaman berkerja di Kota Kinabalu sebagai executive pemasaran di hotel promenade..jabatan kami membeli dan membungkus puding kelapa ini semata2 untuk buah tangan rakan2 di Indonesia..jangan main2 naik kapal terbang kelapa ni..macam best betul..tapi try la..kalau berkesempatan berkunjung ke sabah jangan lupa try!
SABAH 'NEW ZEALAND' - MOOO MOOO
Mesilau adalah nama sebenar "New Zealand" sabah. Saya panggil New Zealand kerana bila di Mesilau saya seakan2 berada di New Zealand. Cuaca yang dingin..breezy.. paling penting ada lembu yang berbulu lebat mcm lembu new zealand bukan species tempatan..lembu yang sihat dan segar dpt menghasilkan susu segar yang bermutu tinggi. Lembu2 ini adalah diternak oleh syarikat tempatan sabah, dibawah label susu DESA. Lokasinya adalah berhampiran pekan kundasang. beberapa kilometer daripada ranau..
Harga masuk tengok lembu2 ni adalah RM3.00 seorang..termasuk melawat kilang pembungkusan susu segar..Pukul 3.00 petang adalah waktu memerah susu lembu. kami tidak berkesempatan menyaksikannya kerana kesuntukan masa..
Harga masuk tengok lembu2 ni adalah RM3.00 seorang..termasuk melawat kilang pembungkusan susu segar..Pukul 3.00 petang adalah waktu memerah susu lembu. kami tidak berkesempatan menyaksikannya kerana kesuntukan masa..
FISH SPA KG.LUANTI
Menjerit kegelian atau mungkin ketakutan..sukar ditafsir bila kaki digigit ikan sebesar lengan tangan.. Pengalaman ini hanya boleh dirasai di kampung Luanti Ranau. Terletak berhampiran ladang Teh terbesar di Negeri Sabah,, Kampung ini ternyata aman dan damai, jauh dari hiruk pikuk kota.
PORING HOT SPRING
Poring Hot Spring menjanjikan pengalaman mandi air panas yang terkenal di Sabah. Mata air panas ini sebenarnya berasal daripada perut bumi yang disebabkan oleh gunung berapi.
PULAU MANUKAN
Satu aktiviti MESTI buat di sabah adalah snokerling di Pulau! Pulu pilihan adalah manukan island. Pulau ini adalah merupakan salah satu pulau dalam Taman
Subscribe to:
Posts (Atom)