catatan perjalananku ke beberapa negara dan tempat untuk dikongsi bersama..pelbagai cerita menarik dan lucu untuk tatapan semua..mungkin boleh membantu dalam percutian akan datang anda..selamat membaca!
Saturday, May 28, 2011
TIP OF BORNEO
Tip of Borneo! satu lagi spot pemandangan terbaik yang dimiliki negeri sabah. Tempat ini juga dikenali sebagai Simpang Mengayau..kami kesana ibarat merayau-rayau ditempat terindah yang memakan masa selama 2jam perjalanan dari bandar kota kinabalu. Terletak di bahagian Kudat Sabah, tempat ini sememangnya menjanjikan kedamaian hati yang tidak terhingga. Jika diperhatikan peta negeri sabah yang bebentuk kepala kuda. Tip of Borneo ini sebenarnya merujuk kepada bahagian hujung 'kepala kuda' tersebut. Pemandangan memang menakjubkan! angin yang bertiup bisa menerbangkan topi saya..fuh! nasib sempat kejar..Sebenarnya daya tarikan tempat ini hanyalah globe dan pemandangan laut lepas..tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan disini..sekiranya berani boleh mandi2 di laut..kami menghabiskan masa lebih kurang sejam sahaja disini..namun tempat ini termasuk dalam MUST GO PLACE in SABAH!..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment